Ikuti Kami:

Digelar Pelakon Hebat, Ini Perkembangan Kerjaya Jung Sungil Yang Bermula Dengan Teater

Digelar Pelakon Hebat, Ini Perkembangan Kerjaya Jung Sungil Yang Bermula Dengan Teater

Nampaknya demam drama “The Glory” masih lagi terasa sehingga kini walaupun bahagian pertama telah tamat pada 8 Disember 2022.

Khususnya, salah satu watak yang menjadi kegilaan wanita di luar sana ialah Ha Do-young yang dilakonan oleh Jung Sung-il.

Kalau nak tahu siapakah sebenarnya Jung Sung-il ini dan perjalanannya menjadi seorang pelakon yang semakin dikenali ramai, jom! KimchiDaily kongsikan serba sedikit mengenai kerjayanya sebagai seorang pelakon.

jung sungil profile

Jung Sung-il dilahirkan pada 3 Febuari 1980. Kini, umurnya sudah memasuki 42 tahun. Walaupun usianya makin meningkat, tetapi dirinya tetap nampak maskulin. 

Jung Sung-il memulakan kerjaya sebagai seorang pelakon teater. Teater pertamanya adalah pada tahun 2000 berjudul “A Praise of Youth” dan sehingga kini, dia masih meneruskan karier itu meskipun telah menjejakkan kaki ke dunia drama.

Jung Sungil berlakon teater

Pada tahun 2002, dia telah mengembangkan sayapnya dalam bidang perfileman dan pembabitan pertamanya bertajuk “H”. Dalam filem tersebut, dia hanya memegang watak sampingan sahaja tetapi filem ini menjadi satu batu lonjakkan buat dirinya.

Seterusnya pada tahun 2005, Jung Sung-il masih lagi memegang watak sampingan dalam filem “Art of Seduction” dan “A Frozen Flower” yang ditayangkan pada tahun 2008.

Selepas ceburi bidang perfileman, Jung Sung-il mencuba nasib dalam dunia drama di mana dirinya ditawarkan untuk berlakon sebuah drama bertajuk “Moon River” pada tahun 2009. Dia telah memegang watak sebagai Kotaro yang merupakan seorang ninja. Dalam drama tersebut, Kotaro sangat menyukai seorang wanita bernama Rei yang dilakonkan oleh Sandara Park.

Walaupun watak yang dimainkan oleh Jung Sung-il bukanlah watak utama, tetapi prestasi yang telah ditunjukkan membuatkan dirinya menjadi pilihan buat pengarah. Antara drama lain yang diterajuinya adalah “Different Dreams” dan “Woman of 9.9 Billion” yang ditayangkan pada tahun 2019.

Jung Sungil dalam drama Woman of 9.9 billion

Selain itu, Jung Sung-il juga pernah berlakon bersama dengan Lee Dong-wook dan Wi Ha-joon dalam drama “Bad and Crazy” pada tahun 2021 tau! Kalau korang perasan, watak yang dimainkan oleh Jung Sung-il ialah seorang kaunselor psikologi dan pengarah kepada pusat kebajikan Dream Youth.

Jung Sungil berlakon drama bad and crazy

Berjaya membuktikan bakat lakonannya dalam drama “Bad and Crazy”, Jung Sung-il kemudiannya telah diberi peluang untuk melakonkan watak Ha Do-young dalam drama “The Glory”.

Watak tersebut memberi impak yang hebat buat dirinya kerana perwatakan Ha Do-young yang ditunjukkan itu membuatkan penonton gemar untuk melihatnya. Menurut Jung Sung-il, dia berbesar hati untuk melakonkan watak tersebut kerana jalan cerita “The Glory” yang sangat bagus dan mempunyai barisan pelakon yang berbakat.

Jung Sungil The Glory

Jung Sung-il akui bahawa perjalanannya sebagai pelakon tidak mudah. Selepas dia melakukan debut pada usia awal 20-an, dia perlu berhenti seketika untuk menyertai latihan ketenteraan. Baginya, untuk memulakan balik karier lakonan bukanlah sesuatu yang mudah tetapi dia harus berfikiran positif selalu.

Setiap kejayaan bermula dengan usaha dan kesungguhan. Begitu juga dengan Jung Sung-il kerana kejayaannya kini adalah hasil dari usahanya yang lalu.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...