Ramai yang nantikan episod pertama Na In-woo sebagai ahli termuda “2 Days 1 Night” kan?
Tak seperti imejnya yang tampan, lelaki berusia 28 tahun itu sebenarnya merupakan seorang yang cemerkap dan kemunculan pertamanya dalam rancangan itu sudah dipenuhi pelbagai momen kelakar.
Menjadi tradisi “2 Days 1 Night” untuk menculik setiap ahli baru pada awalnya, namun Na In-woo memaparkan personaliti yang tenang sepanjang di dalam kereta bersama kru. Malah dia tidak kisah untuk tidur nyenyak meskipun dalam persekitaran baru.
Makin kelakar apabila pelakon itu tersilap arah ke tempat bermalam mereka dan memanjat bukit hingga 3 jam lamanya. Sampaikan Bang Geul-yi PD terpaksa menyelamatkan Na In-woo dan membawanya ke lokasi yang betul. Habis mengah jurukamera yang bertugas menjaganya!
Bahkan kesemua ahli sudah pun memasang unggun api dan berehat sementara menunggu kedatangan Na In-woo. Ujar Kim Jong-min mengenai situasi itu,
Dia lagi teruk dari saya. Hebat betul macam mana awak boleh jumpa ahli seperti ini.
Tambah Yeon Jung-hoon,
Saya rasa awak pilih ahli yang pelik.
Walaubagaimanapun, mereka semua kelihatan rapat dan mudah beramah mesra walaupun pertama kali berjumpa.
Mungkin ramai yang menantikan episod pertama Na In-woo, tayangan berkenaan berjaya meraih rating yang tinggi iaitu 12.8%, peningkatan sebanyak 3.3% daripada episod sebelumnya.
Bahkan, babak di mana Na In-woo muncul sebagai episod pertama meraih titik rating untuk episod berkenaan iaitu 17.5% seminit.
Comelnya Na In-woo!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.