Ikuti Kami:

Digelar Ikon, Jennie BP Kongsi Pandangan Tentang Gelaran & Projek Masa Hadapan

Digelar Ikon, Jennie BP Kongsi Pandangan Tentang Gelaran & Projek Masa Hadapan

Jennie BLACKPINK kini muncul dalam edisi terbaru majalah ELLE KOREA!

Dalam satu sesi temu bual Jennie untuk majalah ELLE KOREA baru-baru ini, Jennie sempat berkongsi persiapan BLACKPINK sebelum ini untuk album “BORN PINK”.

Sikap dan mentaliti saya sebelum saya menaiki pentas… Hm, saya rasa sebelum naik ke pentas, saya gementar. Tetapi sebaik sahaja, berada di atas pentas, saya hanya fokus pada persembahan dan tahu bagaimana untuk menggunakan tenaga di atas pentas.

jennieDalam pada itu, gaya di atas pentas Jennie turut dilihat sebagai gaya yang ‘swag’ dan ‘glamorous’. Namun, Jennie pula berkata sebaliknya.

Sekurang-kurangnya, di atas pentas, saya ingin menunjukkan imej saya yang lebih ‘cool’ dan santai daripada sebelumnya dan saya amat berkerja keras untuk melakukannya. Itulah antara sebab saya fikir saya akan jadi sangat gembira jika orang memikir bahawa saya ‘cool’. 

Selain berkongsi mengenai gaya atas pentasnya, Jennie juga sempat berkongsi mengenai projek, “The Idol”, yang juga merupakan debut lakonannya pada tahun hadapan.

Ia sebenarnya satu cabaran. Saya terpaksa menyesuaikan diri dengan suasana baru. Jadi ianya merupakan satu situasi yang saya tak pernah alami sepanjang promosi muzik saya. Tapi, saya percaya, pengalaman ini akan membantu saya untuk kehidupan saya. 

jennieMelihat kepada kejayaannya sehingga kini, Jennie digelar sebagai ikon dalam kalangan anak muda. Dek kerana itu, dia ditanya mengenai pandangannya terhadap maksud ikon.

Bagi saya ikon adalah seseorang yang jelas mempunyai pendapat dan pemikiran sendiri. Saya fikir anda hanya boleh dipanggil ikon jika anda mempunyai keupayaan untuk berkongsi kepada orang lain melalui perspektif anda sendiri, dan bukannya hanya berkongsi jawapan yang semua orang bersetuju atau cerita yang semua orang suka.

Jennie memang seorang ikon lah!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...