Ikuti Kami:

Digelar ‘Anak Netflix’, Song Kang Jadi Bintang Pertama Adakan Perjumpaan Peminat Dengan Netflix Global

Digelar ‘Anak Netflix’, Song Kang Jadi Bintang Pertama Adakan Perjumpaan Peminat Dengan Netflix Global

Song Kang akan bertemu dengan peminat globalnya!

Song Kang, digelar sebagai ‘Anak Netflix’, dek penampilannya dalam lebih 3 drama siri Netflix iaitu “Love Alarm”, “Sweet Home”, “Navillera”, “Nevertheless” dan terkini “Forecasting Love & Weather”. Dengan hanya 2 episod sudah mula ditayangkan bagi drama “Forecasting Love & Weather” bersama Park Min-young, drama itu telah pun berada dalam kedudukan 10 teratas di 10 negara, membuktikan minat global terhadap Song Kang.

Terbaru, telah diumumkan bahawa Song Kang akan menganjurkan mesyuarat perjumpaan bersama peminat global secara dalam talian, melalui saluran YouTube ‘The Swoon’, pada 4 Mac ini jam 7 malam. Song Kang akan menggembirakan peminatnya dengan pelbagai program seperti soal jawab, membaca komen dan kuiz mudah. Mesyuarat peminat selama 1 jam ini akan menawarkan sari kata bahasa Inggeris buat peminat global.

Sementara itu, kepada sesiapa yang berminat untuk mengajukan sebarang soalan buat Song Kang pada hari acara tersebut, anda boleh isi segala maklumat berkaitan di SINI!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...