Digambarkan Sebagai ‘Negara Dadah’, Menteri Di Suriname Mahu Saman ‘Narco-Saints’
- oleh irsa
- 4 tahuns lalu
Baru seminggu bersiaran, “Narco-Saints” secara tiba-tiba terpalit kontroversi dek plot ceritanya.
Seperti yang diketahui, siri Netflix ini membawa kisah ‘tokan dadah’ Korea yang berkuasa di Suriname.
Mungkin kerana plotnya yang agak keterlaluan, Menteri di Kementerian Luar Negeri Suriname iaitu Albert Ramdin meluahkan rasa kesal dengan “Narco-Saints”. Katanya menerusi sebuah sidang media baru-baru ini,
Suriname kita sudah tidak mempunyai imeh sebagai tanah dadah. Kami akan mengambil tindakan undang-undang terhadap ‘Narco-Saints’.

Tambahnya,
Kami berusaha keras untuk memperbaiki imej negara ini tapi ianya akan kembali rosak kerana ‘Narco-Saints’. Kami akan hubungi Korea Selatan.
Menurut laporan, Suriname akan membuat aduan secara rasmi kepada kedutaan Amerika Syarikat di Korea mengenai hal ini.
Hmmm…
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




