Ikuti Kami:

Didakwa ‘Tak Sebulu’, Keakraban Jeon Somin & Song Jihyo Dalam Episod Baru ‘Running Man’ Jadi Bualan

Didakwa ‘Tak Sebulu’, Keakraban Jeon Somin & Song Jihyo Dalam Episod Baru ‘Running Man’ Jadi Bualan

Jeon So-min, yang akan meninggalkan “Running Man,” mengambil gambar dalam pakaian seragam sekolah bersama Song Ji-hyo.

Episod terbaru “Running Man” yang akan disiarkan pada 12 November (Ahad) menampilkan ahli kembali ke zaman sekolah menakluki taman tema hiburan.

Episod ini merupakan “Projek Lawatan 2023 Running” untuk menandai rakaman terakhir Jeon So-min. Bukan hanya memenuhi keinginan Jeon So-min iaitu ‘Memakai Seragam Sekolah dan Pergi ke Taman Hiburan’, malah kesemua ahli tidak dapat menyembunyikan kegembiraan mereka dan menyanyikan,

Sudah lama kita tidak datang ke sini seperti dulu.

running man

Tak cukup dengan itu, penonton juga meluahkan rasa gembira melihat keakraban Song Ji-hyo dan Jeon So-min di dalam gambar episod akan datang itu di mana mereka kelihatan selesa ‘berkepit’ bersama sepanjang penggambaran. Malah ia secara tidak langsung menutup gosip yang berterbangan mengatakan bahawa mereka ‘tidak sebulu’ sebenarnya.

Dalam pada itu, mereka juga akan meluahkan segala yang terbuku di dalam hati bagi memastikan Jeon So-min tersenyum dan tertawa dalam salah satu misinya.

Nantikan episod berkenaan~

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...