Ikuti Kami:

Didakwa Sombong, Netizen Geram Pelakon Tidak Endah Kemenangan Yoo Jaesuk Di Anugerah Baeksang Ke-57

Didakwa Sombong, Netizen Geram Pelakon Tidak Endah Kemenangan Yoo Jaesuk Di Anugerah Baeksang Ke-57

Meskipun Anugerah Baeksang ke-57 sudah pun berlalu pada Jumaat lepas, namun masih ada berita kurang enak yang menjadi sebutan netizen kini.

Untuk pengetahuan anda, anugerah ini bukan sahaja menghargai para pelakon namun turu memberikan anugerah bagi kategori personaliti televsiyen seperti pengacara dan pelawak.

Rata-rata netizen meluahkan rasa tidak enak apabila melihat kebanyakan pelakon yang hadir pada malam tersebut hanya berdiri dan menepuk tangan ketika pengarah Lee Joon-ik diumumkan sebagai pemenang Anugerah Utama untuk kategori filem namun lebih separuh daripada mereka hanya duduk dan tidak memberikan reaksi apabila Yoo Jae-suk menaiki pentas bagi menerima Anugerah Utama bagi kategori program televisyen.

lee junik

Pelakon berdiri apabila pengarah Lee Jun-ik diumumkan sebagai pemenang.

yoo jaesuk

Beberapa pelakon sahaja berdiri ketika Yoo Jae-suk diumumkan sebagai pemenang.

Perbezaan layanan itu nyata membuatkan penonton menyelar tindakan sesetengah pelakon yang menganggap bahawa mereka mempunyai kedudukan lebih tinggi berbanding personaliti televisyen.

Antara komen netizen:

Ia merupakan Anugerah Utama yang sama namun reaksi yang diberikan adalah berbeza. Kebanyakan pelakon di situ berkemungkinan besar adalah junior kepada Yoo Jae-suk. Sepatutnya mereka berdiri untuk mengucapkan tahniah untuk kedua pemenang ataupun duduk sahaja untuk kedua mereka. Rasanya para pelakon mengalami ‘penyakit pelakon’ (perasaan pelakon adalah lebih baik daripada penghibur).

 

Lihatlah para pelakon baru yang langsung tak berdiri apabila selebriti paling top, Yoo Jae-suk menaiki pentas untuk menerima anugerah itu.

Daripada pemerhatian penonton, terdapat beberapa pelakon yang dilihat bangun dan memberikan tepukan gemuruh atas kemenangan pengacara popular itu. Antara daripada mereka ialah, Song Joong-ki, Kim So-yeon, Kim Tae-ho, Uhm Ki-joon, Kim Young-dae, Na In-woo, Lee Seung-gi, Kim Hyun-soo dan beberapa pelakon lagi.

Hmmm… tak tahulah nak komen apa.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...