Ikuti Kami:

Didakwa Sebagai Pelakon 40-an Ditikam Suami Sendiri, Choi Jiwoo Beri Respon

Didakwa Sebagai Pelakon 40-an Ditikam Suami Sendiri, Choi Jiwoo Beri Respon

Dunia hiburan Korea dikejutkkan dengan berita di mana seorang pelakon wanita 40-an diserang oleh suaminya sendiri.

Menurut laporan media kelmarin, pelakon wanita yang tidak didedahkan identitinya itu diserang dengan pisau di hadapan rumahnya di Itaewon, darah Yongsan, Seoul oleh suaminya yang berusia 30-an. Wanita itu kemudiannya dibawa ke hospital manakala suaminya pula disumbat ke dalam lokap atas tuduhan cubaan membunuh.

Kata pihak polis, si suami menunggu di hadapan rumah isterinya dengan senjata tersebut sebelum menyerang. Dia dan suaminya dikhabarkan sudah berpisah baru-baru ini.

Dek klu yang ditinggalkan, ada yang menduga pelakon wanita yang dimaksudkan itu ialah Choi Ji-woo memandangkan dia berusia 40-an dan suaminya juga dalam lingkungan usia 30-an.

choi jiwoo

Walau bagaimanapun, Choi Ji-woo sepertinya menafikan khabar angin itu apabila memuat naik fotonya tersenyum gembira di laman Instagram miliknya.

Antara pelakon lain yang turut disebut sebagai mangsa tersebut ialah Jang Yoon-ju, Choi Ji-yeon dan Chae Yong-in. Tapi mereka sudah pun menafikan khabar angin itu dengan mengeluarkan kenyataan rasmi.

Menurut bekas wartawan yang popular di YouTube kini, Lee Jin-ho, pelakon wanita yang dimaksudkan itu bukanlah seorang selebriti yang popular. Malah penyerang yang disebarkan itu sebenarnya ialah suami keduanya. Dia berkahwin semula secara senyap lantas tiada informasi lanjut mengenai lelaki itu.

Hmmm.. habis semua kena petik..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...