Ikuti Kami:

Didakwa Salah Guna Dadah Jenis Propofol, Agensi Gain BEG Mohon Maaf

Didakwa Salah Guna Dadah Jenis Propofol, Agensi Gain BEG Mohon Maaf

Kelmarin, kecoh apabila seorang idol wanita terkenal dikhabarkan telah disaman selepas didapati menyalahgunakan dadah jenis propofol.

Awalnya identiti idola itu dirahsiakan, namun tak lama kemudian dia didedahkan sebagai Ga-in daripada kumpulan Brown Eyed Girls.

Terbaru, agensi Ga-in iaitu Mystic Story telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai isu tersebut dan memohon maaf disebabkannya.

Ini ialah Mystic Story.

Kami ingin memberikan kenyataan berkenaan laporan penggunaan propofol oleh Ga-in.

Meskipun agensi dan Ga-in sedar bahawa ini ialah satu kesalahan sosial namun kami memilih untuk meminta maaf pada awalnya namun kami menundukkan kepada sebagai permohonan maaf disebabkan kerisauan yang timbul dek isu ini.

Paling utama, adalah menyakitkan hati kami untuk memberitahu para peminat yang sudah sekian lama menunggu khabar berita Ga-in selepas dia menyepikan diri, dan berita ini mungkin tidak akan memuaskan hati mereka.

Sepanjang aktivitinya, Ga-in telah merasakan luka dan kecederaan yang besar juga kecil. Dia telah melalui masa yang sukar kerana kesakitan, kemurungan dan masalah tidur sejak sekian lamanya dan dalam melalui proses itu, dia mengambil keputusan yang salah. Meskipun makin merasai kesakitannya disebabkan oleh insiden peribadi yang tidak diuar-uarkan selepas beberapa tahun, kami tidak dapat mencari penyelesaian yang baik walaupun patut berbincang terlebih dahulu. Sebagai agensi, kami berasa bertanggungjawab kerana tidak menyelesaikan masalah ini.

Mulai sekrang, Ga-in dan agensi kami akan melakukan yang terbaik untuk berdiri semula di hadapan peminat dan umum dengan imej yang lebih matang selain akan lebih berhati-hati bersama perasaan yang serius. Sekali lagi, kami memohon maaf kerana menyebabkan kerisauan ini.

gain beg

Untuk pengetahuan anda, kisah bermula apabila seorang pakar pembedahan plastik berusia 70 tahun dijatuhkan hukuman kerana memberikan propofol kepada beberapa pesakitnya. Oleh kerana siasatan itu, ia membawa kepada penemuan tentang Ga-in sebagai salah seorang penerima ubatan terlarang tersebut.

Selepas mendapat informasi berkenaan, pihak berkuasa telah menyerbu rumahnya. Dia kemudiannya disaman 1 juta won (RM3,668) dan ianya dikenakan pada awal 2021.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...