Ikuti Kami:

Didakwa Putar Belit Sejarah, Petisyen Henti Tayangan ‘Snowdrop’ Terima Ratusan Ribu Tandatangan

Didakwa Putar Belit Sejarah, Petisyen Henti Tayangan ‘Snowdrop’ Terima Ratusan Ribu Tandatangan

Baru sahaja ditayangkan, namun “Snowdrop” kembali menjadi bualan ramai mengenai plotnya yang seperti menampilkan fakta sejarah yang songsang.

Selepas tayangan episod pertamanya, satu petisyen telah dimuat naik di papan buletin Rumah Biru dengan tajuk, “Petisyen Untuk Menghentikan Tayangan Drama Snowdrop”.

Di dalamnya, penulis itu mengutarakan kebimbangan orang ramai mengenai drama ini,

Sebelum ini, drama berkenaan sudah pun terpalit kontroversi apabila sinopsisnya memperlekehkan pergerakan pro-demokrasi. Malah lebih 200,000 orang bersetuju dengan petisyen supaya drama ini dihentikan.

Tambahnya lagi,

Pada ketika itu, pihak produksi tidak mempunyai niat untuk melakukan demikian dan menyatakan, ‘Latar belakang mengenai pergerakan demokrasi yang diketuai mahupun disertai oleh teraju utama tidak muncul dalam skrip langsung’. Namun, dalam episod pertama yang ditayangkan baru-baru ini, teraju wanita menyangka teraju lelaki ialah perisik dan menyelamatkannya.

jtbc snowdrop

Debatnya,

Semasa pergerakan pro-demokrasi, terdapat mangsa, seperti para aktivis yang diseksa dan dibunuh kerana dianggap sebagai perisik. Meskipun fakta sejarah sebegini, penghasilan drama dengan kandungan berkenaan sepertinya merendahkan nilai pergerakan demokrasi.

Selain itu, penulis itu turut menulis mengenai lagu ‘Sola Blue Sola’ yang dimainkan semasa Im Su-ho (Jung Hae-in) dikejar oleh watak Jang Seung-jo yang merupakan seorang anggota NSP (Perancangan Keselamatan Negara).

Lagu ini digunakan semasa pergerakan pelajar pada ketika itu dan ianya menggambarkan kesakitan dan kemenangan semua yang menjayakan pergerakan demokrasi tersebut. Tak boleh diterima apabila lagu ini digunakan sebagai muzik latar untuk individu yang berlakon sebagai ejen Perancangan Keselamatan Negara dan perisik pada tahun 1980-an.

kontroversi snowdrop

Dalam pada itu, penulis itu turut menyuarakan kebimbangan mengenai “Snowdrop” yang mungkin akan memberikan gambaran yang salah mengenai sejarah Korea kepada penonton luar negara memandangkan ia ditayangkan di laman penstriman global.

Untuk pengetahuan, semasa tayangan episod pertama, “Snowdrop” meletakkan saluran Naver TALK buatnya kepada kod privasi di mana komen penonton pada papan buletin itu hanya boleh ditulis dalam artikel rahsia yang diakses oleh staf produksi drama itu sahaja.

Mungkin kita tak faham mengenai isu ini memandangkan ia melibatkan sejarah Korea.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...