Ikuti Kami:

Didakwa Keluar ‘Dating’ Dek Pergi Restoran Sama, Jay ENHYPEN & Yuna ITZY Beri Respon

Didakwa Keluar ‘Dating’ Dek Pergi Restoran Sama, Jay ENHYPEN & Yuna ITZY Beri Respon

Baru-baru ini, Jay ENHYPEN dan Yu-na ITZY telah terpalit dengan khabar angin yang mengatakan bahawa mereka sedang bercinta.

Semuanya bermula apabila pengguna komuniti dalam talian telah menyiarkan semula beberapa foto daripada Yu-na ITZY. Yu-na telah berkongsi dengan peminat bahawa dia pergi makan di restoran Burger Gordon Ramsay yang terkenal di Korea Selatan. Dia nampaknya sedang menikmati air milkshake dengan topping creme brule bersama dua burger ayam.

Walau bagaimanapun, perkara ini tiba-tiba menjadi bualan apabila Jay ENHYPEN turut memuat naik gambar burger dari restoran yang sama, lewat sehari daripada Yu-na. Dia juga memesan air yang sama seperti Yu-na. Netizen terus membuat spekulasi bahawa kedua mereka keluar ‘dating’ bersama.

Khabar angin ini nampaknya sudah tular, sehinggakan kedua-dua mereka tampil untuk memberi penjelasan yang sebenar. Melalui aplikasi Dear. U Bubble, Yu-na telah menjelaskan bahawa dia pergi ke restoran itu bersama rakannya selama 11 tahun. Menurutnya,

Saya pergi bersama rakan saya selama 11 tahun yang saya kenali sejak sekolah rendah, sebagai acara tahniah untuk dia masuk ke kolej.

yuna itzy

Selain itu, Yu-na turut menyiarkan satu foto yang menunjukkan rakan wanitanya yang duduk di kerusi bertentangan dengannya.

jay enhypen

Semalam, Jay ENHYPEN telah mengadakan siaran langsung di VLIVE, dan turut memaklumkan kepada peminat bahawa dia pergi ke restoran itu bersama kedua ibu bapanya.

Haa..jangan pandai-pandai nak buat spekulasi.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...