Ikuti Kami:

Didakwa Atas Tuduhan Melakukan Serangan Seksual Pada Wanita, Ini Respon Oh Youngsoo

Didakwa Atas Tuduhan Melakukan Serangan Seksual Pada Wanita, Ini Respon Oh Youngsoo

Tiada angin tiada ribut, bintang “Squid Game” iaitu Oh Young-soo telah didakwa atas tuduhan melakukan serangan seksual.

Pada 25 November, dilaporkan bahawa Pejabat Pendakwa Daerah Suwon telah mendakwa Oh Young-soo atas tuduhan melakukan serangan seksual terhadap seorang wanita.

Pelakon berumur 78 tahun itu dituduh menyentuh badan wanita secara tidak wajar pada pertengahan 2017 lalu. Dikatakan bahawa polis telah menerima aduan mangsa pada Disember 2021 dan memajukan dokumen berkaitan kepada pihak atasan pada Februari 2022.

Atas permintaan pihak pendakwaan untuk siasatan tambahan, polis telah menemu bual saksi dan menyemak pendapat peguam. Akhirnya, mereka memutuskan untuk tidak meneruskan kes berkenaan pada April lepas.

oh youngsoo

Semasa siasatan lanjut yang dilakukan bagi pihak pendakwaan, Oh Young-soo dilaporkan telah menafikan dakwaan tersebut. Komen Oh Young-soo melalui JTBC,

Saya hanya memegang tangannya untuk membimbing jalan mengelilingi tasik. Saya memohon maaf kerana orang itu berkata dia tidak akan membuat kekecohan mengenainya, tetapi ia tidak bermakna saya mengakui pertuduhan itu.

Semoga segalanya dapat diselesaikan dengan baik..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...