Ikuti Kami:

Dicuri & Dijual, Penganjur Balas Dakwaan Baju Mina TWICE Dicuri Kakitangan Konsert

Dicuri & Dijual, Penganjur Balas Dakwaan Baju Mina TWICE Dicuri Kakitangan Konsert

Siapa pula yang curi baju Mina ni?

Pada 30 September sehingga 1 Oktober, TWICE telah menghabiskan konsert jelajah dunia mereka iaitu “Ready to Be” di Bulacan, Filipina. Namun, selepas beberapa hari konsert itu berakhir, peminat telah menjumpai satu hantaran yang merisaukan di media sosial.

Seorang peminat Filipina telah mendapati bahawa baju yang dipakai oleh Mina TWICE telah dilelong di laman sesawang Facebook. Dia kemudiannya telah membuat hantaran di Twitter ataupun X bagi meluahkan perasaan risaunya tentang isu privasi itu.

Anda sangat menyeramkan @livenationph!! Macam ni ke kakitangan awak? Awak dah tak menghormati penonton konsert dan sekarang awak juga mencuri?

Kamu semua rasa siapa yang melakukan perkara ini? kamu setuju ke kalau penata rias mereka yang melakukan perkara ini? Kerana anda tidak akan dapat masuk ke bilik persalinan mereka melainkan jika anda bekerja di situ.

Selepas hantaran itu dibuat, terdapat peminat yang turut berkongsi bahawa individu yang mencuri baju tersebut mempunyai lapan baju milik ahli TWICE. Malah, individu itu juga mengaku bahawa dia merupakan staf di konsert tersebut.

TWICE staff

Penganjur konsert itu iaitu Live Nation PH, telah berkeras mengatakan bahawa dakwaan itu adalah palsu. Mereka juga menambah,

Sila berhati-hati apabila melibatkan diri dengan individu yang menjual apa-apa barang. Pastikan awak menuntut kesahihan barang tersebut. Ianya kerana, tiada sesiapa yang boleh mendapat akses kepada barang-barang tersebut walaupun mereka merupakan kakitangan Live Nation PH.

Menakutkan betul! Apa pendapat korang tentang perkara ni?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...