Ikuti Kami:

Dicanang Sebagai Watak Utama, Penonton Persoal Kurangnya Babak Kang Hanna Dalam ‘Start-Up’

Dicanang Sebagai Watak Utama, Penonton Persoal Kurangnya Babak Kang Hanna Dalam ‘Start-Up’

“Start-Up” ternyata merupakan antara drama kini yang mencipta fenomena bukan sahaja dalam kalangan peminat K-Drama di Korea malah secara global.

Menceritakan kisah anak muda yang baru mahu bertapak dalam dunia ‘start-up’, ia membawa penonton melihat bagaimana mereka melalui episod duka dan perit mengejar impian sendiri selain kisah cinta yang tersepit di antara watak utama.

Walaupun penonton sering disajikan dengan dinamik hubungan antara Seo Dal-mi (Bae Suzy), Nam Do-san (Nam Joo-hyuk) dan Han Ji-pyung (Kim Seon-ho), namun ramai yang tertanya-tanya mengenai kurangnya babak untuk watak Won In-jae (Kang Han-na) yang turut dinamakan sebagai pelakon utama “Start-Up”.

Malah ramai yang mempersoalkan kenapa Won In-jae masih lagi belum berjumpa dengan neneknya walhal mereka berada dekat sahaja bahkan dia seorang sahaja yang belum tahu mengenai kondisi wanita tua itu yang kian membimbangkan.

Tak cukup dengan itu, penonton turut berkongsi bahawa watak yang dilakonkan oleh Kang Han-na ini sebenarnya tidak boleh dibenci kerana dia merupakan seorang yang berdikari dan mampu mencapai kejayaan tanpa dipengaruhi oleh perasaan atau orang lain. Malah wanita itu dalam diam menjaga adiknya, Dal-mi yang sehingga sekarang masih tidak boleh melupakan kisah silam mereka.

Apa pula pendapat anda?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...