Ikuti Kami:

Dibuang Dari Laman Sesawang, Peminat Gembira Semua Ahli BLACKPINK ‘Bebas’ Dari YG

Dibuang Dari Laman Sesawang, Peminat Gembira Semua Ahli BLACKPINK ‘Bebas’ Dari YG

Tindakan YG Entertainment telah mengukuhkan lagi ‘kebebasan’ ahli BLACKPINK.

Sepanjang tahun 2023, salah satu topik terhangat ialah mengenai pembaharuan kontrak BLACKPINK bersama YG Entertainment.

Namun, kesemua ahli kumpulan tersebut membuat keputusan untuk tidak menyambung kontrak individu mereka bersama syarikat itu. Selepas pengumuman itu dibuat, peminat telah berkongsi betapa terujanya mereka.

Malah, ahli BLACKPINK juga kelihatan semakin sibuk dengan aktiviti solo masing-masing sekali gus membuatkan ramai menjangka bahawa YG sebelum ini telah menghalang mereka.

Di mana selepas keluar dari syarikat itu, Ji-soo telah terlibat dalam penggambaran drama baru dan Lisa pula sedang melakukan persiapan untuk persembahannya di Paris.

Tidak ketinggalan, Rosé dan Jennie telah dilihat berada di studio muzik dan dikatakan bakal mengeluarkan lagu baru mereka.

Tidak berhenti di situ, peminat turut mendapati bahawa YG telah memadam kesemua profil individu serta nama ahli BLACKPINK dari laman sesawang mereka.

Tindakan tersebut telah membuatkan peminat tidak dapat menyembunyikan kegembiraan mereka, serta percaya bahawa YG Entertainment akhirnya telah memberikan ‘kebebasan’ buat ahli BLACKPINK.

Walaupun tahun 2024 baru sahaja bermula, peminat sudah tidak sabar untuk melihat perubahan baru BLACKPINK di masa yang akan datang.

Tak sabar nak tunggu projek baru ahli BLACKPINK nanti!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...