Ikuti Kami:

‘2022 Golden Globes’ Diboikot Atas Dakwaan Tidak Telus, Lee Jungjae Sah Tidak Hadiri Meski Tercalon

‘2022 Golden Globes’ Diboikot Atas Dakwaan Tidak Telus, Lee Jungjae Sah Tidak Hadiri  Meski Tercalon

Nampaknya Lee Jung-jae memilih untuk tidak menghadiri ‘2022 Golden Globes’ meskipun menerima pencalonan.

Sebelum ini, pelakon itu tercalon untuk kategori ‘Pelakon Lelaki Terbaik Bagi Siri Televisyen – Drama’ dek persembahan hebat dalam “Squid Game”. Bukan itu sahaja, Oh Yeong-su turut tercalon untuk ‘Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Televisyen’ selain siri itu bertanding untuk ‘Siri Televisyen Terbaik – Drama’.

Jawab agensinya,

Dia sangat bersyukur kerana tercalon di ‘Golden Globes’ namun memilih untuk tidak menghadirinya. Dia tahu mengenai Netflix yang tidak menyertai majlis berkenaan, seperti yang dilaporkan di seluruh dunia. Dia juga membuat keputusan berdasarkan faktor lain seperti situasi COVID-19 dan keperluan kuarantin.

lee jungjae

‘Golden Globes’ ialah anugerah di Amerika Syarikat di mana calon dan pemenang dipilih oleh Persatuan Akhbar Luar Negeri Hollywood (HFPA), di mana ia dianggotai wartawan filem luar negara dari pelbagai negara. Meskipun sentiasa dihadiri nama hebat, namun acara itu telah pun menerima kritikan pedas sejak beberapa tahun lalu kerana didakwa korupsi selain kurang kepelbagaian dalam ahli HFPA.

Disebabkan oleh itu, Hollywood telah menguar-uarkan boikot secara besar-besaran terhadap ‘Golden Globes’. Pelakon popular dan pengarah meluahkan bahawa mereka tidak mahu menghadirinya selain tidak akan menerima anugerah yang dimenangi. Studio seperti Netflix, Amazon dan Warner Media mengumumkan bahawa mereka tidak akan menyertai ‘Golden Globes’ atau bekerja dengan HFPA hingga perubahan dibuat. NBC yang merupakan saluran rasmi acara berkenaan turut menarik diri dari menyangkannya pada tahun ini.

2022 golden globes

Malah tuduhan rasis turut dikenakan pada ‘Golden Globes’ pada tahun lalu apabila “Minari” memenangi kategori ‘Filem Luar Negara Terbaik’ meskipun dihasilkan oleh syarikat produksi Amerika Syarikat, ditulis dan diarahkan oleh seorang yang berdarah Korea-Amerika, dan berlatarbelakangkan pengalaman Korea-Amerika. Pada ketika itu, ‘Golden Globes’ menjelaskan bahawa filem berkenaan dicalonkan dalam kategori itu kerana separuh daripada filem berkenaan bukanlah dalam bahasa Inggeris.

Lee Jung-jae juga tidak akan menghadiri ‘Critics Choice Awards’ yang bakal ditayangkan pada waktu yang sama dengan ‘Golden Globes’ kerana situasi COVID-19.

Boleh tahan ramai yang boikot!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...