Ikuti Kami:

Dibintangi Ramai Pelakon Hebat, Wajib Tonton 9 K-Drama Ini Bakal Tayang Pada Januari 2024

Dibintangi Ramai Pelakon Hebat, Wajib Tonton 9 K-Drama Ini Bakal Tayang Pada Januari 2024

Mesti korang tak sabar kan nak tonton drama Korea baru?

Jom baca perkongsian KimchiDaily tentang K-Drama yang mula ditayangkan pada Januari 2024 ini.

Marry My Husband 

Ia akan mengisahkan tentang seorang wanita yang menghidapi penyakit membawa maut dan menyaksikan kecurangan antara suami dan rakan baiknya sendiri. Dia kembali 10 tahun kemudiannya bagi membalas dendam terhadap suami yang membunuhnya.

Tarikh tayangan: 1 Januari

Pelakon: Park Min-young, Lee Yi-kyung, Na In-woo, Song Ha-yoon

Love Song For Illusion 

Diadaptasikan daripada webtoon terkenal, drama “Love Song for Illusion” mengisahkan tentang kisah percintaan di antara seorang lelaki yang mempunyai dua personaliti dan wanita yang sangat mencintainya.

Tarikh tayangan: 2 Januari

Pelakon: Park Ji-hoon, Hong Ye-ji, Hwang Hee, Ji Woo

Knight Flower

Siri ini berkisar tentang Jo Yeo-hwa (Lee Ha-nee), seorang janda yang merupakan menantu kepada keluarga bangsawan paling berprestij di Joseon. Dia menjalani kehidupan yang tenang di rumah pada waktu siang, tetapi menyelinap keluar dari rumah mereka pada waktu malam untuk membantu orang yang memerlukan.

Tarikh tayangan: 12 Januari

Pelakon: Lee Ha-nee, Lee Jong-won, Kim Sang-joong

A Shop For Killers 

“A Shop for Killers” ialah sebuah drama yang diadaptasi daripada sebuah buku menceritakan tentang seorang wanita yang menjadi yatim piatu selepas bapanya membunuh ibunya dan dirinya sendiri. Dia kemudiannya dibesarkan oleh bapa saudara, yang mengendalikan pusat membeli-belah misteri. Selepas kematiannya, dia mengetahui kebenaran tentang kedai bapa saudaranya itu.

Tarikh tayangan: 17 Januari

Pelakon: Lee Dong-wook Kim Hye-jun, Seo Hyun-woo

The Bequeathed

Dalam “The Bequeathed”, seorang wanita menjadi mangsa kejadian aneh sejak kematian keluarganya. Disebabkan oleh sejarah kematian keluarganya, seorang detektif polis mula menghubungkan kejadian lain dan memulakan siasatan demi mengetahui misteri disebalik kejadian itu.

Tarikh tayangan: 19 Januari

Pelakon: Kim Hyun-joo, Park Hee-soon, Park Byeong-eun

Captivating The King

Drama ini mengisahkan tentang percintaan di antara seorang raja dan wanita yang sedang cuba untuk membalas dendam. Jo Jung-suk bakal membawa watak sebagai Lee In, seorang raja dengan pengalaman hidup yang menyedihkan namun, dia mula jatuh cinta selepas berjumpa dengan seorang pemain alat muzik.

Tarikh tayangan: 26 Januari

Pelakon: Jo Jung-suk, Shin Se-kyung, Park Ye-young, Lee Shin-young

Flex X Cop 

kdrama bakal tayang januari 2024

Siri ini mengisahkan tentang kisah romantik Jin Yi-soo (Ahn Bo-hyun), seorang chaebol generasi ketiga yang tidak matang bertukar menjadi detektif, dan Lee Kang-hyun (Park Ji-hyun), seorang detektif veteran dalam sebuah jabatan jenayah kekerasan. Lee Kang-hyun pada mulanya melihat Jin Yi-soo sebagai gangguan dalam hidupnya. Walau bagaimanapun, ada sesuatu yang terjadi hingga akhirnya membawa mereka menjadi sepasang kekasih.

Tarikh tayangan: 26 Januari

Pelakon: Ahn Bo-hyun, Park Ji-hyun

Doctor Slump 

“Doctor Slump” mengisahkan tentang dua pelajar perubatan yang pernah menjadi saingan. Selepas mencapai kejayaan dalam bidang masing-masing, peristiwa malang membawa kedua watak ini ke titik terendah dalam hidup mereka. Ketika itulah kedua-duanya bersatu semula dan memulakan percintaan sambil menghiburkan satu sama lain.

Tarikh tayangan: 27 Januari

Pelakon: Park Shin-hye, park Hyung-sik

Queen Of Divorce

kdrama bakal tayang januari 2024

“Queen of Divorce” mengikuti kisah Sara Kim (Lee Ji-ah), penyelesai masalah perceraian terhebat di Korea, dan peguam Dong Ki-joon (Kang Ki-young) ketika mereka membawa keadilan kepada ‘pasangan yang jahat’. Tambahan, Sara Kim ialah seorang wanita yang merupakan ketua pasukan syarikat penyelesaian perceraian.

Tarikh tayangan: 31 Januari

Pelakon: Lee Ji-ah, Kang Ki-young

Selamat menonton!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...