Walaupun diklasifikasikan sebagai 19+ (larangan bawah umur), terdapat sebuah filem Korea dengan bajet 13 bilion won yang berjaya mencatat tempat pertama box office selama 8 hari berturut-turut.
Jumlah penonton terkumpul kini melebihi 3 juta orang, dan filem ini turut mencatatkan rekod sebagai filem yang paling banyak meraih tempat pertama box office sepanjang tahun ini.
Filem tersebut ialah “Yadang”. Menurut data dari Sistem Informasi Tiket Filem Bersepadu Majlis Promosi Filem Korea pada 14hb, filem ini berjaya menarik sekitar 25,000 penonton dalam satu hari, sekali lagi menduduki tempat pertama carta. Jumlah penonton keseluruhan kini mencecah sekitar 3.036 juta.
Filem ini, yang menelan kos produksi sebanyak 130 bilion won, mengisahkan tentang broker dadah bernama Yadang yang merancang aktiviti pengedaran dadah di Korea, seorang pendakwa raya yang bercita-cita tinggi, dan seorang detektif yang sanggup mempertaruhkan segalanya untuk memerangi jenayah dadah — ketiga-tiganya terjerat dalam konflik dengan tujuan yang berbeza. Filem ini dibintangi oleh Kang Ha-neul, Yoo Hae-jin, dan Park Hae-joon.
Ulasan penonton agak memberangsangkan,
- “Antara filem terbaik yang saya tonton kebelakangan ini.”
- “Jalan cerita penuh ketegangan dan sangat menarik.”
- “Sudah lama tak tengok filem Korea sehebat ini.”
- “Pelakon hebat, plot mantap – jauh melebihi jangkaan.”
- “Rasa puas sangat tengok filem macam ni.”
- “Tahap penghayatan sangat tinggi.”
Nak tengok jugak!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.