Ikuti Kami:

Dibarisi Ramai Pelakon Hebat, Filem Romantik ‘Happy New Year’ Sudah Mulakan Pengambaran

Dibarisi Ramai Pelakon Hebat, Filem Romantik ‘Happy New Year’ Sudah Mulakan Pengambaran

Meremang bulu roma tengok line-up hebat untuk filem bertajuk “Happy New Year” ini.

Filem ini berlatarbelakangkan mengenai individu yang datang ke Hotel Emrose dengan kisah tersendiri dan perhubungan baru yang dibina di sana. Pelakon hebat yang bakal memenuhi naskhah ini ialah Han Ji-min, Lee Dong-wook, Kang Ha-neul, Yoon-A (Girls’ Generation), Won Jin-ah, Seo Kang-joon, Lee Kwang-soo, Kim Young-kwang, Go Sung-hee, Lee Jin-wook, Lee Kyu-hyung, Jo Joon-young, Won Ji-an, Lee Hye-young, and Jung Jin-young.

Han Ji-min membawa watak seorang pengurus hotel yang sentiasa berdedikasi dengan kerjanya namun teragak-agak untuk meluahkan rasa cinta terhadapnya rakan lelakinya yang sudah dikenali selama 15 tahun. CEO muda dan kompeten bagi hotel tersebut selain turut ‘gilakan’ nombor akan dimainkan oleh Lee Dong-wook. Kang Ha-neul akan melakonkan karakter seorang penganggur yang sudah gagal peperiksaan perkhidmatan awam selama 5 tahun lamanya malah turut ditinggalkan oleh kekasihnya. Yoon-A pula bertanggungjawab memainkan watak hotelier yang berkeyakinan tinggi manakla Won Jin-ah bakal menjadi seorang pelakon muzikal yang meletakkan impiannya ke tepi buat seketika waktu dan bekerja sebagai pengemas bilik terbaru di hotel berkenaan.

filem happy new year

Seo Kang-joon bakal berlakon sebagai penyanyi-penulis lagu dan DJ radio yang akhirnya mengecap populariti selepas tidak dikenali untuk waktu yang lama. Lee Kwang-soo pula bertanggungjawab menghidupkan watak seorang pengurus yang perlu berjaga-jaga apabila artis yang dijaganya mula menjadi bintang terkenal dan menerima tawaran daripada agensi baru selepas kontraknya bakal tamat nanti. Kim Young-kwang dan Go Sung-hee akan berpasangan sebagai pengarah produksi (PD) rancangan radio dan pemain piano jazz di mana hati keduanya bertaut sejak pertemuan pertama dan kini sibuk menguruskan perkahwinan mereka.

Buat Lee Jin-wook, dia akan memainkan watak seorang doktor pembedahan plastik yang datang ke lounge hotel Emrose pada setiap Sabtu malam bagi menantikan kehadiran seseorang yang istimewa. Lee Hye-young bakal berlakon sebagai penjaga pintu hotel tersebut manakala Jung Jin-young akan menghidupkan watak ahli perniagaan yang pulang ke Korea untuk menghadiri perkahwinan anak perempuannya namun tanpa sengaja terjumpa dengan cinta pertamanya pada 40 tahun yang lalu dan kini mengimpikan kisah romantik di pertengahan usia. Lee Kyu-hyung pula merupakan seorang penilik nasib yang sentiasa ke hotel itu bagi meramal masa depan kliennya.

Pelakon muda iaitu Jo Joon-young dan Won Ji-an akan membawa watak perenang dan peluncur figura di peringkat sekolah yang terlibat dengan ‘cabaran pengakuan; yang dicadangkan oleh rakan mereka.

Penggambaran filem ini dikatakan sudah bermula pada 19 April lalu, dan ianya akan menyapa penonton menerusi panggung wayang dan juga laman TVing.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...