Ikuti Kami:

Dibarisi Pelakon Sama, ‘The Uncanny Counter’ Bakal Kembali Dengan Musim Kedua

Dibarisi Pelakon Sama, ‘The Uncanny Counter’ Bakal Kembali Dengan Musim Kedua

Dengar cerita, ramai yang sedang menantikan sambungan “The Uncanny Counter”?

Berita baik, khabarnya drama itu sedang mempercepatkan siaran dengan mencari pelakon untuk musim kedua ini. Dalam pada itu, ahli asal iaitu Jo Byeong-gyu, Yoo Jun-sang, Kim Se-jeong dan Yeom Hye-ran dikhabarkan akan kembali untuk musim kali ini. Seperti musim pertama, mereka akan berubah menjadi ‘counter’ yang melawan roh jahat.

Dek sambutan hangat ketika musim pertama hingga mencapai rating 11%, “The Uncanny Counter” berjaya diperbaharui untuk musim seterusnya.

the uncanny counter 2

Dalam pada itu, pihak drama itu dikatakan sedang mencari roh jahat baru untuk menerajui kesinambungan “The Uncanny Counter”. Salah seorang nama yang disebut ialah pelakon baru iaitu Kim Hieora di mana dia muncul pertama kali dalam drama “Beyond Evil” tahun lalu namun aktif dalam bidang teater sejak 2009.

Pun begitu, penggambaran “The Uncanny Counter 2” ditunda ke musim bunga memandangkan Jo Byeong-gyu dan Kim Se-jeong yang sibuk dengan penggambaran drama lain kini. Khabarnya, mereka berdua sedang berbincang dengan aktif dan menyusun jadual erana benar-benar mahu menyertai musim kedua ini.

Nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...