Masih lagi menjadi perhatian ramai dek watak ‘gila-gila’ dalam “Vincenzo”. Jeon Yeo-bin khabarnya sudah mendapat tawaran untuk membintangi siri baru tak lama nanti.
Menurut sumber, pelakon wanita itu akan menerajui drama Netflix “Glitch” yang membawa kisah seorang wanita yang dalam misi mencari kekasihnya yang hilang dengan cahaya yang tidak dikenali. Dalam pencariannya itu, dia menjumpai satu misteri dalam realitinya dengan bantuan komuniti UFO.
Khabarnya dia akan membawa watak Hong Ji-hyo, wanita yang menjejaki teman lelakinya yang hilang tanpa kesan secara tiba-tiba.
Menurut agensinya pula,
Memang benar Jeon Yeo-bin ada menerima tawaran untuk berlakon dalam ‘Glitch’.
Pun begitu, belum dapat dipastikan sama ada dia akan menerima tawaran tersebut.
Dikenali sebagai seorang yang sentiasa membawa karakter yang berlainan daripada sebelumnya, sudah pasti “Glitch” merupakan naskhah yang pastinya sesuai dengan Jeon Yeo-bin kan?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.