Ikuti Kami:

Dibanjiri Pujian Dek Lakonan Hebat Dalam ’18 Again’, Lee Dohyun Luah Rasa Terima Kasih

Dibanjiri Pujian Dek Lakonan Hebat Dalam ’18 Again’, Lee Dohyun Luah Rasa Terima Kasih

Selepas menerima pujian selangit dek lakonannya dalam “18 Again”, Lee Do-hyun meluahkan rasa terima kasih dek respons positif tersebut. Malah ia menjadi pembakar semangat buatnya apabila mendengarkan pujian itu.

Pujian yang paling membuatkan saya gembira ialah apabila mereka mengatakan yang boleh nampak Yoon Sang-hyun dalam diri saya. Dia dan pengarah banyak membantu saya ketika membaca skrip dan saya rasa seperti perlu menemui jangkaan yang diletakkan. Saya sangat gembira apabila penonton mengakui usaha kerasa saya itu.

Kebanyakan penonton juga mengatakan bahawa Lee Do-hyun kelihatan seperti ayah sebenr kepada kembarnya dalam drama tersebut iaitu Hong Si Ah (Noh Jung Ui) dan Hong Si Woo (Ryeoun).

Pertama sekali, terima kasih di atas pujian yang tidak layak diterima oleh saya itu. Sejujurnya, menonjolkan perasaan seorang ayah adalah sangat sukar. Pada peringkat awal, saya banyak mengkaji kedua ibu bapa saya dan saya buat kajian seperti berjumpa dengan ibu bapa rakan-rakan saya dan menanyakan soalan.

lee dohyun 18 again

Malah Lee Do-hyun berkongsi bahawa pengarah drama itu banyak menjelaskan kepadanya perasaan seorang ayah. Disebabkan itu, dia mendapat kefahaman yang lebih untuk menghidupkan watak tersebut.

Bukan itu sahaja, penonton turut menangis sekali apabila melihat kisah tragik di antara watak Lee Do-hyun dan ayahnya, Hong Joo-man (Lee Byung-joon). Babak emosional dalam episod 8 tersebut menyaksikan watak lelaki itu yang mendedahkan kepada ayahnya bahawa dialah anaknya menerusi bahasa isyarat.

Saya juga tersentuh apabila menontonnya kerana saya kembali merasai emosi ketika penggambaran tersebut. Itu adalah kali pertama saya melakukan bahasa isyarat dan ia bukannya senang. Saya mahu ia kelihatan natural, jadi saya berlatih banyak kali dan berfikir apa maksud di sebalik setiap pergerakan.

lee dohyun 18 again

Disebabkan oleh karakter “lelaki muda di luar, lelaki tua di dalam”, ianya berjaya mempersonakan kebanyakn penonton. Menurut Lee Do-hyun, dia berharap agar orang ramai merasakan persona kelakian wataknya pada separuh kedua “18 Again”. Bahkan dia turut tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada semua yang terus menyokongnya.

Seronok tengok Lee Do-hyun berjaya macam ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...