Ikuti Kami:

“Dialah Orangnya..” – Lepas 10 Tahun Pertemuan, Rain Dedah Sebab Jatuh Cinta Dengan Kim Taehee

“Dialah Orangnya..” – Lepas 10 Tahun Pertemuan, Rain Dedah Sebab Jatuh Cinta Dengan Kim Taehee

Semua mengetahui bahawa Rain dan Kim Tae-hee merupakan antara pasangan Korea yang sangat disayangi ramai.

Pun begitu, ramai yang tidak tahu cerita bagaimana mereka mula menjalinkan hubungan cinta hingga membawa ke gerbang perkahwinan.

Dalam program “The Hungry And The Hairy”, Rain telah mendedahkan pertemuan pertama dengan Kim Tae-hee ketika sedang meronda bersama Noh Hong-chul serta pasangan Lee Hyo-ri dan Lee Sang-soon.

Jelasnya, cintanya pada pelakon wanita popular itu bermula dek sepasang stoking ketika penggambaran iklan pada 2012.

Ia adalah kali pertama saya meramkamkan iklan bersama Tae-hee. Selalunya apabila saya mahu menukar stoking, saya akan meminta pada staf dan mereka yang akan melakukannya buat saya. Namun Tae-hee menukarnya sendiri tanpa menyusahkan stafnya. Pada ketika itu, terdetik di fikiran saya, ‘Dialah orangnya’.

rain kim taehee

Malah Rain berkongsi bahawa dia mengajak Kim Tae-hee keluar sebanyak 5 kali namun ditolak oleh wanita itu.

Seloroh Lee Hyo-ri,

Dia pakai stoking sendiri, apa yang tersentuhnya.

Jawab Rain tersenyum,

Saya tersentuh sebab ianya nampak natural.

rain kim taehee

Rata-rata peminat gembira dengan perkongsian ini memandangkan Rain dan Kim Tae-hee jarang berkongsi mengenai kehidupan peribadi mereka.

Comel kan mereka?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...