Pasti ramai yang masih terkejut mengenai hubungan cinta antara Lee Jae-wook dan Karina aespa, kan?

Terbaru pada 27 Februari iaitu pada hari yang sama agensi mengesahkan bahawa Lee Jae-wook sedang mula mengenali Karina, pelakon lelaki itu telah muncul sebagai tetamu dalam rancangan YouTube “Salon Drip 2” yang diacarakan oleh Jang Do-yeon.
Dalam siaran itu, Jang Do-yeon ada bertanya sekiranya Lee Jae-wook ingin menyertai rancangan percutian baru yang akan dia hasilkan,
Adakah awak akan datang? Saya sedang mengumpul ahli pengembara sekarang. Bolehkah awak datang jika saya menghubungi awak?
Sambungnya lagi dengan secara kebetulan menyebut nama kekasihnya itu,
Apabila tetamu muncul dalam rancangan ini, mereka semua berkata ingin melancong bersama saya. Itulah cara saya mendapatkan pelakon Go Youn-jung dan Karina aespa untuk turut bersetuju.
“If I were to do travel variety show, if I call you, will you join? I have gathered #GoYounJung and #Karina so far”
“Is it okay if I join?”
“Of course, I will vouch for you”
“I like that”
Omg the timing
#LeeJaeWook
— daisy han (@kdramadaisy) February 27, 2024
Selepas mendengar nama kekasihnya itu disebut, wajah Lee Jae-wook jelas kelihatan terkejut dan dia terkebil-kebil bertanya,
Bolehkah saya menyertai kumpulan itu?
Jawab Jang Do-yeon,
Saya akan cuba membuat pengaturan.
Untuk pengetahuan, siaran tersebut dirakam sebelum hubungan antara Lee Jae-wook dan Karina didedahkan kepada umum, membuatkan penonton terhibur melihat reaksi terkejut lelaki itu.
Boleh pula kebetulan program tu keluar pada hari yang sama kan!