Ikuti Kami:

Diadaptasi Siri Amerika Syarikat, Yoon Chanyoung Dilamar Terajui ‘Your Honor’

Diadaptasi Siri Amerika Syarikat, Yoon Chanyoung Dilamar Terajui ‘Your Honor’

Selepas kejayaan drama “All of Us Are Dead”, Yoon Chan-young sekali lagi dilamar untuk membintangi sebuah drama baru!

Terkini, pelakon Yoon Chan-young dilaporkan bakal sertai pembikinan semula drama yang diadaptasi dari Amerika Syarikat bertajuk “Your Honor”.

Namun, agensi pelakon itu menjelaskan bahawa,

Ianya masih lagi belum disahkan, tetapi kami sedang meneliti tawaran itu

yoon chanyoung your honor

Untuk maklumat, drama “Your Honor” mengisahkan tentang seorang hakim yang dihormati ramai. Dia mempunyai seorang anak lelaki di usia remaja. Walau bagaimanapun, anaknya  itu tidak sengaja membunuh anak kepada seorang ketua perusuh dalam kemalangan langgar lari. Pada awalnya hakim meminta anaknya menyerah diri tetapi dia mengubah fikiran dan menutup kes tersebut selepas mengetahui identiti sebenar mangsa yang terbunuh.

Sementara itu, pelakon Yoon Chan-young akan membintangi sebuah drama bertajuk “Delivery Man” yang bakal ditayangkan pada 1 Mac ini.

Wow, tak sabar rasanya nak tonton drama ini nanti!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...