Ikuti Kami:

“Dia Yang Usaha..” – Lee Sunbin Kali Pertama Kongsi Macam Mana Hubungan Dengan Lee Kwangsoo Bermula

“Dia Yang Usaha..” – Lee Sunbin Kali Pertama Kongsi Macam Mana Hubungan Dengan Lee Kwangsoo Bermula

Kejap je kan masa berlalu, Lee Kwang-soo dan Lee Sun-bin pun sudah 8 tahun menjalinkan hubungan bersama.

Baru-baru ini, Lee Sun-bin telah muncul dalam saluran YouTube Ji Suk-jin, bagi mempromosikan filem terbarunya.

Selain bercakap tentang naskhah tersebut, Ji Suk-jin juga pastinya tidak lepaskan peluang untuk bertanya tentang hubungannya bersama Lee Kwang-soo.

Pada awalnya, Ji Suk-jin berkongsi bahawa Lee Kwang-soo ada menghantar mesej padanya, meminta untuk jaga kekasihnya yang datang ke programnya hari itu.

lee sunbin

Kemudian, Lee Sun-bin juga sempat bercerita tentang bagaimana hubungannya dengan Lee Kwang-soo bermula,

Ini adalah kali pertama saya dedahkan perkara ini tetapi semuanya bermula selepas saya melakukan temu bual untuk drama ‘Squad 38’ dan menyatakan bahawa Lee Kwang-soo adalah ciri lelaki idaman saya. Pada masa itu, saya masih seorang ‘rookie’ dan saya hanya menjawabnya dengan jujur tanpa menyangka ia akan menjadi topik hangat.

Sambung wanita itu lagi,

Penerbit ‘Running Man’ melihat temu bual itu dan menganjurkan episod istimewa ‘Dating Dengan Orang Yang Pilih Lee Kwang-soo Sebagai Lelaki Idaman Mereka’. Sejak itu, Kwang-soo sangat bekerja keras untuk mengembangkan lagi hubungan kami. Saya mungkin telah membuka pintu, tetapi dia berusaha untuk masuk ke pintu tersebut.

Untuk pengetahuan, Lee Kwang-soo dan Lee Sun-bin berjumpa menerusi “Running Man” pada 2016 dan mula bercinta secara terbuka pada 2018.

Semoga mereka kekal bahagia selamanya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Sports Donga

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...