“Dia Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang” – Imej Baru Taeyang BIGBANG Raih Perhatian
- oleh Athirah Azmi
- 4 tahuns lalu
Lama tak dengar pasal Tae-yang kan? Tahu-tahu je dah berambut panjang rupanya….
Baru-baru ini, kalau korang tengok di laman Instagram Tae-yang, dia berkongsi beberapa keping gambar sesi penggambarannya bersama jenama terkenal, Marie Claire.
Bagi edisi, “Marie Claire Kiaf Edition The 1st Issue with Me”, Tae-yang kelihatan sangat berbeza dengan rambut panjangnya namun masih mengekalkan aura yang menarik.
Kalau korang ingat lagi waktu era promosi BIGBANG, Tae-yang selalu pamerkan gaya rambut Mohican. Dek kerana aktiviti mereka yang tak henti-henti pada waktu itu, dah macam-macam warna atau gaya rambut yang dia cuba kan? Tapi sekarang, bila dah kahwin, dah jadi ayah, Tae-yang tampak lebih dewasa dengan membawa aura yang tenang dan juga gaya pemakaian dan rambut yang sesuai dengan personalitinya.
Korang suka tak style Tae-yang yang sekarang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




