Lama tak dengar pasal Tae-yang kan? Tahu-tahu je dah berambut panjang rupanya….
Baru-baru ini, kalau korang tengok di laman Instagram Tae-yang, dia berkongsi beberapa keping gambar sesi penggambarannya bersama jenama terkenal, Marie Claire.
Bagi edisi, “Marie Claire Kiaf Edition The 1st Issue with Me”, Tae-yang kelihatan sangat berbeza dengan rambut panjangnya namun masih mengekalkan aura yang menarik. Kalau korang ingat lagi waktu era promosi BIGBANG, Tae-yang selalu pamerkan gaya rambut Mohican. Dek kerana aktiviti mereka yang tak henti-henti pada waktu itu, dah macam-macam warna atau gaya rambut yang dia cuba kan? Tapi sekarang, bila dah kahwin, dah jadi ayah, Tae-yang tampak lebih dewasa dengan membawa aura yang tenang dan juga gaya pemakaian dan rambut yang sesuai dengan personalitinya.
Korang suka tak style Tae-yang yang sekarang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.