Ikuti Kami:

“Dia Tonton Setiap Episod” – Lee Sunbin Kongsi Cara Lee Kwangsoo Sokong ‘Work Later, Drink Now’

“Dia Tonton Setiap Episod” – Lee Sunbin Kongsi Cara Lee Kwangsoo Sokong ‘Work Later, Drink Now’

Seronok kan lihat pasangan yang sentiasa menyokong satu sama lain tambahan pula dalam industri seni Korea?

Terbaru, Lee Sun-bin yang baru sahaja selesai dengan drama “Work Later, Drink Now” telah menyertai dalam satu sesi temubual. Menerusinya, dia menceritakan bagaimana kekasihnya, Lee Kwang-soo memberikan sokongan padu buatnya,

Dia menonton setiap episod secara langsung dan menceriakan saya dengan mengatakan ‘Saya suka tonton drama tersebut.’

Lee Sun-bin juga mengakui bahawa dia suka kerana lelaki itu memberikan banyak pendapat mengenai siri TVing itu dan memilih babak kegemarannya.

lee sunbin

Tambah Lee Sun-bin, dia tidak pernah meminta nasihat lakonan daripada Lee Kwang-soo kerana malu untuk menunjukkan skripnya dek personalitinya sebegitu dan menganggap dia boleh melakukan semuanya sendiri.

Jelas Lee Sun-bin mengenai kelebihan Lee Kwang-soo,

Apabila saya bersamanya, saya sering menunjukkan banyak benda termasuklah ekspresi untuk program hiburan. Saya seorang yang akan menunjukkan benda yang banyak apabila menyukai seseorang.

Berbunga kan apabila tengok mereka?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...