Ikuti Kami:

“Dia Tiba-Tiba Mesej Cakap..” – Bercinta Selepas Kahwin, Byul Imbau Memori Ketika Dilamar Haha

“Dia Tiba-Tiba Mesej Cakap..” – Bercinta Selepas Kahwin, Byul Imbau Memori Ketika Dilamar Haha

Byul telah berkongsi kenangan permulaan hubungan cintanya bersama Haha.

Pada 19 April, Byul telah membuat kemunculan sebagai tetamu dalam rancangan YouTube milik penari, Aiki. Di mana, dia telah menceritakan kisah percintaannya bersama dengan suaminya, Haha.

Byul berkata,

Kalau saya nak bandingkan suami saya dengan lelaki lain, sejujurnya tiada siapa yang boleh tandingi Haha. Hubungan kami bermula masa dia melamar saya padahal masa itu kami tak bercinta.

Tambahnya,

Pada masa itu, saya tak ada simpan nombor dia. Tapi, ada satu hari tu saya tiba-tiba terima mesej dari Haha dan dia kata yang umur kami dah sesuai untuk berkahwin jadi dia mahu mengahwini saya.

Haha juga pernah cakap dekat saya dulu ‘kalau awak tak nak kahwin dengan saya tolong jangan muncul depan saya lagi’.

byul-haha

Sambungnya lagi,

Meskipun saya tak pasti dengan perasaan saya pada masa tu,  saya tetap terima lamaran tersebut dan kini kami dah mempunyai 3 orang cahaya mata.

Malah, selepas beberapa tahun tinggal bersama, Haha seorang lelaki yang sangat baik dan bertanggungjawab. Dia juga sangat kelakar dan sering buat saya bahagia.

Comelnya pasangan suami isteri ni kan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   YouTube

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...