Ikuti Kami:

“Dia Tertawa..” – Rain Didakwa Curang, Ini Respon Padu Kim Taehee

“Dia Tertawa..” – Rain Didakwa Curang, Ini Respon Padu Kim Taehee

Semalam dunia hiburan Korea digegarkan dengan berita kecurangan seorang pelakon lelaki Korea dengan pemain golf wanita.

Selepas berita tersebut berterbangan di serata laman komuniti Korea, nama Jo Jung-suk dan Rain dipetik sebagai selebriti yang terlibat dengan kes berkenaan.

Walau bagaimanapun, kedua-dua agensi pelakon tersebut menafikan tuduhan berkenaan selain bertegas akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya dakwaan ini berterusan.

Terbaru, Kim Tae-hee turut memberikan kenyataan mengenai isu ini menerusi agensinya,

Khabar angin itu tidak benar. Cerita itu tidak berasas dan kami tidak akan memberikan sebarang kenyataan.

rain kim taehee

Tambah mereka,

Apabila Kim Tae-hee mendengar rumah ini buat pertama kali, dia merasakan oa sangat mengarut dan tertawa sahaja. Pemain golf yang disebut dalam khabar angin itu dan Kim Tae-hee tak pernah berjumpanya langsung.

Pemain golf Park Gyeol yang dituduh sebagai wanita ketiga itu menjelaskan menerusi Instagramnya,

Mengarut. Saya hanya pernah melihatnya di sebuah acara beberapa tahun lalu. Saya tak tahu nombor telefonnya langsung.

Main tuduh je..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...