Sudah pun memasuki usia 40 tahun, Yoo Yeon-seok pastinya mempunyai hasrat untuk berkahwin.
Terbaru menerusi program Yoo Yeon-seok dan Yoo Jae-suk “Whenever There’s A Chance”, Cha Tae-hyun telah tampil memeriahkan lagi program itu sebagai tetamu.
Ketika sedang berborak, Cha Tae-hyun yang juga merupakan kawan rapat kepada Yoo Yeon-seok meluahkan bahawa lelaki itu mungkin tidak akan berkahwin. Katanya,
Yeon-seok tidak akan berkahwin dengan sesiapa kerana terlalu banyak faktor. Dia suka melancong dan terlalu suka dengan kerjaya.
Balas pelakon “Hospital Playlist” itu,
Awak dan Yoo Jae-suk pun sukakan kerja awak sama seperti saya, tetapi masih boleh berkahwin!
Respon Cha Tae-hyun berseloroh,
Bagi kami, ia perkara yang sudah pun berlaku.
Semoga cepat sampai jodoh untuk Yoo Yeon-seok!