Ikuti Kami:

“Dia Tendang Dada” – Laporan Polis Dikongsi Terbukti Kes Buli Benar, Kim Donghee Mohon Maaf

“Dia Tendang Dada” – Laporan Polis Dikongsi Terbukti Kes Buli Benar, Kim Donghee Mohon Maaf

Selepas sekian lama tiada berita, akhirnya timbul kembali cerita mengenai kes buli yang melibatkan pelakon Kim Dong-hee.

Kelmarin, sebuah media telah melaporkan mengenai laporan polis yang diterima oleh ‘A’ (individu yang mendedahkan kes buli berkenaan pada awalnya). Walaupun pada awalnya, agensi Kim Dong-hee meriliskan kenyataan yang samar-samar, namun menerusi laporan baru ini, nampaknya memang benar kes buli itu berlaku.

Kenyataan di dalam laporan itu,

Memang benar plaintif menyerang defendan A semasa di gred 5 sekolah rendah (12 tahun). Namun dia tidak menggunakan gunting atau pemotong kotak seperti yang didakwa A dan hanya menyerangnya dengan menolak atau menendang dadanya. Plaintif bertegas bahawa A membangkitkan isu buli itu secara atas talian dengan niat jahat untuk membuatkan insiden itu nampak serius daripada keadaan sebenar.

Konklusi laporan berkenaan,

Berdasarkan itu, sukar untuk mengatakan bahawa tuduhan A terhadap plaintif Kim Dong-hee adalah palsu. 1. A berkongsi insiden yang teperinci dan deskriptif mengenai kejadian itu; 2. Pengetua sekolah pada ketika itu mengingati kejadian berkenaan dan menyerahkan rakaman suara sebagai bukti; 3. Saksi lain turut memberikan keterangan di pihak A.

kim donghee buli

Disebabkan oleh pendedahan baru itu, Kim Dong-hee telah mengeluarkan kenyataan baru dan memohon maaf atas kejadian berkenaan,

Hello, ini ialah Kim Dong-hee.

Saya mahu memberikan penjelasan di pihak saya mengenai isu yang dilaporkan semalam.

Semasa saya di gred 5 sekolah rendah, saya ada bertelingkah dengan rakan sekelas dan ianya bertukar menjadi pergaduhan. Kemudian, saya dihukum oleh guru. Selepas ibu saya mendengar berita tersebut, dia memarahi saya dan membawa saya ke rumah rakan sekelas berkenaan untuk memohon maaf terhadapnya dan juga ibunya.

Kemudian, kami bukan sahaja menghadiri kelas tutor bersama, malah saya ada keluar makan bersama dia dan keluarganya. Kami banyak menghabiskan masa bersama tanpa sebarang masalah, jadi saya fikrikan bahawa mereka sudah maafkan saya.

Saya tak sangka hanya saya seorang berfikiran sebegitu. Saya tak sedar bahawa mereka masih lagi terluka kerananya.

Selepas entri berkenaan dimuat naik pada tahun lalu, saya mahu memohon maaf kepada rakan tersebut dengan segera. Namun saya tidak mampu mengumpulkan kekuatan kerana risau apabila perkara yang tidak dilakukan saya dianggap sebagai kebenaran dan akan menimbulkan salah faham lain. Saya mahu betulkan apa yang salah dan setahun sudah berlalu kini.

Disebabkan oleh pandangan saya yang silap semasa masih kecil, saya tidak faham apa yang dirasainya. Saya memohon maaf atas kesakitan yang telah diberikan oleh saya dan saya mahu kita berdamai.

Dan, saya berasa menyesal dan memohon maaf kepada semua yang terluka dengan kata-kata dan perlakuan saya yang kurang matang semasa kecil.

kim donghee buli

Semoga ada jalan penyelesaian yang baik.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...