Ikuti Kami:

“Dia Tak Tahu Apa-Apa” – Kim Jongkook Luah Rasa Kecewa Dengan Song Jihyo

“Dia Tak Tahu Apa-Apa” – Kim Jongkook Luah Rasa Kecewa Dengan Song Jihyo

Setelah sekian lama terpisah, akhirnya ahli “Running Man” kembali bersama-sama dalam episod terbaru ini.

Umum mengetahui bahawa Ji Suk-jin, Kim Jong-kook, Haha dan Yang Se-chan disahkan positif COVID-19 sebelum ini.

Meskipun semua orang kelam-kabut ketika hari kesemua ahli itu disahkan positif, nampaknya hanya Song Ji-hyo yang tenang. Cerita Yoo Jae-suk,

Pada hari ahli kita disahkan dijangkiti, semua berjaga-jaga. Tapi hanya Ji-hyo yang tak boleh dihubungi. Saya hanya menerima panggilan daripadanya pada lewat petang.

yoo jaesuk song jihyo

Jelas Yoo Jae-suk,

Ji-hyo langsung tak tahu apa-apa. Dia bertanya ‘Ada apa-apa berlaku ke?’. Jadi saya membalas dek terkejut, ‘Awak tak tahu apa-apa?’

Kim Jong-kook yang berada di sebelah wanita itu turut terkejut mendengar kisah Yoo Jae-suk,

Oh, dia tak tahu. Tak tahu langsung?

Tambah Yoo Jae-suk lagi,

Dia terkejut mendengar yang Kim Jong-kook positif COVID-19.

yoo jaesuk running man

Kongsi Yang Se-chan pula,

Dia hanya menghubungi saya selepas 5 hari.

Mnedengarkan cerita ahli lain itu, Song Ji-hyo hanya tergelak malu kerana lebih senang berada di dalam dunianya sendiri.

Comel betul Song Ji-hyo.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...