“Dia Tak Pernah Buat..” – G-Dragon Sokong Lee Soohyuk, Promosi Drama ‘S Line’ Di Konsert Jelajahnya
- oleh Fareen
- 11 bulan lalu
Dah lama berkawan, G-Dragon dengan Lee Soo-hyuk juga pastinya sentiasa menyokong satu sama lain!
Baru-baru ini menerusi konsert ‘Übermensch’, G-Dragon sempat memberi sokongan buat Lee Soo-hyuk dan mempromosikan drama terbarunya iaitu “S Line”. Kata G-Dragon,
Dia ada kat sini sekarang untuk sokong kita. Drama terbarunya ‘S Line’ dah keluar baru-baru ini. Jangan lupa tengok dan sokong dia!
📸 leesoohyuk Instagram story#GDRAGON2025 #지드래곤 @IBGDRGN pic.twitter.com/spbTJ1dBLX
— G-DRAGON INTERNATIONAL (@gdragonintl) July 15, 2025
Sebagai respon, Lee Soo-hyuk meluahkan rasa syukur kepadanya dan menulis di Instagram,
Terima kasih atas semua kasih sayang dan sokongan. Kadang-kadang saya tertanya-tanya, adakah SUPERSTAR saya membesar atau semakin tua? Terasa janggal sedikit kerana dia melakukan sesuatu yang dia tak pernah buat. Tetapi secara jujur, hati saya cair. Saya tahu peminat juga berasa gembira seperti saya.
Untuk pengetahuan, drama terbaru Lee So0-hyuk “S Line” menceritakan kisah garis merah misteri yang muncul di atas kepala orang, menghubungkan mereka dengan orang yang mereka pernah melakukan hubungan seksual.
Supportive tau GD!
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




