Ikuti Kami:

“Dia Tak Jaga Diri Ke?” – Perubahan Penampilan Yang Sejong Jadi Perhatian

“Dia Tak Jaga Diri Ke?” – Perubahan Penampilan Yang Sejong Jadi Perhatian

Sekian lama tak mendengar khabar, ramai yang terkejut melihat penampilan Yang Se-jong.

Terbaru, lelaki itu muncul di sidang media drama “Low Life” yang bakal disiarkan di Disney+ bersama pelakon lain seperti Ryu Seung-ryong, Im Soo-jung, Lee Dong-hwi, Yunho TVXQ dan ramai lagi.

Berlatar tahun 1977, “Low Life” mengisahkan pak cik dan anak saudara yang menyertai pencarian harta karun dari kapal karam zaman Dinasti Yuan di dasar laut Korea. Dalam usaha itu, mereka terpaksa bersaing dengan penjenayah dan korporat tamak. Drama ini menggabungkan elemen jenayah, komedi, dan ketegangan dalam latar masa penuh kekacauan.

yang sejong

Pun begitu, apa yang menarik perhatian ramai ialah penampilan Yang Se-jong kelihatan berlainan dari biasa,

  • “Dia tambah berat sebab watak dia ke?”
  • “Aura dengan pandangan dia nampak lain.”
  • “Saya tak kenal dia.”
  • “Dia tengah rakam apa-apa ke? Kenapa gemuk?”
  • “Kenapa dia tak bersolek sangat?”

Lain sangat ke?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   The Qoo

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.