Sehingga hari ini, isu Min Hee-jin iaitu sebagai bekas CEO ADOR bersama HYBE masih belum ada penghujungnya.
Pada 11 September, satu-satunya kumpulan di bawah ADOR iaitu NewJeans telah melakukan siarang langsung mengejut di YouTube, di mana mereka meluahkan perasaan di tengah-tengah kontroversi yang berlaku dalam syarikat.
Pada permulaan video, ahli menyatakan,
Apa yang kami ingin katakan hari ini ditujukan kepada HYBE.
Selain bercakap tentang layanan tidak adil yang mereka terima, Danielle turut menggesa agar HYBE kembali menjadikan Min Hee-jin sebagai CEO mereka,
CEO Min Hee-jin bukan sahaja orang yang menghasilkan muzik kami tetapi seseorang yang menjadikan ‘NewJeans’. Dia adalah penting untuk identiti kumpulan dan kami semua merasakan bahawa dia tidak boleh diganti.
Di hujung siaran langsung, Min-ji sebagai ahli paling tua sekali lagi menegaskan permintaan mereka,
Apa yang kami mahukan ialah ADOR yang asal di mana Min Hee-jin adalah Ketua Pegawai Eksekutif. Kami membuat permintaan ini adalah kerana ini satu-satunya cara kami boleh bergabung dengan HYBE tanpa bergaduh.
Sambungnya lagi,
Sekiranya pendapat kami telah disampaikan dengan betul, kami harap Pengerusi Bang dan HYBE akan membuat keputusan bijak untuk mengembalikan ADOR kepada struktur asal sebelum 25 September ini. Terima kasih kerana mendengar kami.
Semoga keadilan berpihak pada mereka yang benar.