Pasti ramai kan yang teruja ingin menantikan keluaran album solo V BTS?

Terbaru, V telah mengeluarkan beberapa foto konsep baru untuk album solo debutnya yang sangat dinanti-nantikan “Layover”.
Dalam foto yang dikongsi, lelaki itu dilihat menikmati waktunya di pantai dengan memaparkan pelbagai ekspresi wajah.
V ‘Layover’ Photo 4
(https://t.co/Cx59ZPue6Z)#V #뷔 #V_Layover pic.twitter.com/6LB61epxEK— BIGHIT MUSIC (@BIGHIT_MUSIC) September 5, 2023
Menarik perhatian, dalam salah satu foto yang dimuat naik, V tampil dengan tidak memakai baju mendedahkan bentuk badannya yang cantik.
Komen peminat,
Saya suka konsep ini.
V sangat sesuai dengan tema gambar hitam putih ini. Dia nampak lebih kacak.
Cantik badannya.
Gambarnya nampak seperti poster filem.
Sementara itu, album “Layover” bakal dilancarkan pada 8 September ini. Nantikan!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.