Ikuti Kami:

“Dia Suruh..” – Sehun EXO Dedah Sebab Dimarahi Suho Waktu Kali Pertama Berjumpa

“Dia Suruh..” – Sehun EXO Dedah Sebab Dimarahi Suho Waktu Kali Pertama Berjumpa

Pejam celik pejam celik, sudah 11 tahun EXO aktif sebagai kumpulan sejak debut..

Terbaru pada 14 Julai, EXO telah tampil dalam program KBS “The Seasons: Choi Jung Hoon’s Night Park”, bagi mempromosikan lagu baru mereka “Cream Soda”.

Sudah kira-kira 5 tahun sejak membuat kemunculan semula, EXO akui,

Ini adalah kemunculan semula kami selepas 5 tahun kerana perkhidmatan tentera. Memandangkan semua orang berkumpul selepas melakukan aktivti solo, kami berasa selamat dan kurang terbeban.

Kemudian, ahli termuda kumpulan itu iaitu Se-hun turut mendedahkan bahawa dia pernah dimarah Suho waktu kali pertama mereka berjumpa. Kongsi Se-hun membuatkan ramai terhibur,

Saya memasuki agensi buat kali pertama pada usia 15 tahun dan saya masih ingat bagaimana Suho memarahi saya kerana ingin suruh saya menyapa orang dengan betul. Dia berkata ‘Awak tak menyapa orang dengan betul. Buat betul-betul. Tunduk 90 darjah’. Itu adalah kali pertama kami berjumpa.

exo

Respon Suho mengenai hal ini,

Saya beritahu dia untuk tunduk dengan sopan, 90 darjah seperti ini.

Abang yang baik tau Suho!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...