Ikuti Kami:

“Dia Suruh Saya Pergi Je” – Calon Suami Terbaik! Peminat Kongsi Jinyoung GOT7 Bantu Jaga Anaknya

“Dia Suruh Saya Pergi Je” – Calon Suami Terbaik! Peminat Kongsi Jinyoung GOT7 Bantu Jaga Anaknya

Bukan sahaja seorang artis berbakat, Jin-young GOT7 juga diminati ramai kerana peribadinya yang disenangi.

Baru-baru ini, seorang peminat telah berkongsi pengalamannya berjumpa dengan Jin-young di sebuah kafe dan berpeluang untuk berborak dengannya.

Apa yang lebih menyentuh hati, lelaki itu turut membantu secara sukarela untuk menjaga anaknya yang enggan keluar dari kafe tersebut, agar wanita tersebut dapat pergi makan bersama rakan-rakannya.

Menerusi hantaran yang dikongsi, Jin-young berkata kepada peminat itu,

Awak pergi, tinggalkan dia di sini. Saya akan menjaga dia. Saya ada masa terluang. Awak pergi, saya seorang askar. Saya boleh melindungi dia. Pergi, nikmati makan malam dengan rakan-rakan awak.

Kini, perkongsian itu telah menerima lebih 700 ribu tontonan di laman X (Twitter) dan meraih pujian ramai atas sikap bertimbang rasa Jin-young kepada peminatnya.

Antara komen yang ditulis,

Galaksi apa yang awak selamatkan dalam kehidupan lampau anda??!?! Dia sangat sweet!!!! Saya cemburu!!!

 

Dia mesti akan menjadi ayah yang baik dan manjakan mereka.

 

Memang calon suami terbaik!

 

Saya pun nak tinggalkan anak saya untuk Jin-young jaga boleh ke?

Untungnya dapat babysitter Jin-young tau!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily  untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...