Ikuti Kami:

“Dia Suka Drama Itu” – Sedang Bercinta, Hyeri Kongsi Ryu Junyeol Beri Sokongan Untuk ‘Moonshine’

“Dia Suka Drama Itu” – Sedang Bercinta, Hyeri Kongsi Ryu Junyeol Beri Sokongan Untuk ‘Moonshine’

Pada 21 Februari, Hye-ri telah terlibat dengan satu temu bual, di mana dia berborak tentang dramanya “Moonshine” yang baru sahaja tamat.

Selepas menceritakan kisah disebalik tabir penggambaran drama itu, Hye-ri ditanya tentang bagaimana teman lelakinya Ryu Jun-yeol menyokongnya. Hye-ri tersenyum malu sambil berhati-hati berkata,

Sebenarnya ini adalah bahagian yang selalu membuatkan saya berasa risau. Saya tertanya-tanya bagaimana saya berkata dalam satu jam seperti ini boleh keluar dalam artikel.

Dia tidak menyebut nama Ryu Jun-yeol secara langsung, tetapi dia berkongsi,

(Teman lelaki saya) memberi saya banyak sorakan dan sokongan, saya sangat berterima kasih untuk itu. Saya mendapat banyak kekuatan kerana dia sangat menyukai drama itu.

Sementara itu, “Moonshine” ialah drama yang mengambil tempat ketika undang-undang yang paling keras digunakan dalam sejarah Joseon, menggambarkan kemahuan manusia dan sesungguhnya menghalang bukanlah pilihan terbaik. Ianya akan menampilkan hubungan berisiko mengenai seorang inspektor berprinsip yang menangkap sesiapa membuat arak secara haram dan seorang wanita yang membuat arak secara haram bagi mengubah nasibnya.

hyeri ryu junyeol

Tambahan, Hye-ri dan Ryu Jun-yeol telah bercinta sejak 2017. Mereka berkenalan menerusi drama “Reply 1988”, dan mula mempunyai perasaan istimewa antara satu sama lain.

So sweet!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...