Ikuti Kami:

“Dia Sopan & Tekun Bekerja..” – Penerbit KBS Puji Keramahan & Sikap Cha Eunwoo

“Dia Sopan & Tekun Bekerja..” – Penerbit KBS Puji Keramahan & Sikap Cha Eunwoo

Selain dikenali sebagai seorang selebriti yang kacak, Cha Eun-woo juga mempunyai peribadi yang disenangi ramai.

Terbaru pada 9 September, Pyeon iaitu seorang penerbit hiburan KBS yang bertanggungjawab mengendalikan acara Seoul Festa, telah mendedahkan sikap baik Cha Eun-woo dengan kesopanannya dan personalitinya yang mesra.

Untuk pengetahuan, Cha Eun-woo merupakan pengacara untuk acara tersebut dan meskipun idola itu sibuk dengan jadual yang padat, PD Pyeon berkongsi bahawa dia tetap menyambut semua staf dengan ceria setibanya di lokasi.

cha eunwoo

Bukan itu sahaja, Cha Eun-woo turut dipuji dengan sikap tekunnya ketika bekerja dan sentiasa menghargai kerja keras semua orang yang terlibat untuk acara itu.

Setelah tugasnya selesai, dia dengan ceria mengucapkan selamat tinggal dan terima kasih pada semua orang. Memang sesuatu yang harus dicontohi ramai!

Dalam pada itu, Cha Eun-woo dilamar terajui drama baru berjudul “Irresistible Love” dan sah bakal membintangi siri adaptasi webtoon “A Good Day To Be A Dog”.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...