Dah berbelas tahun dalam industri, IU tak dinafikan adalah antara selebriti Korea dengan pengikut paling banyak di Instagram.
Untuk pengetahuan, kini, IU mempunyai sebanyak 32.5 juta pengikut di Instagramnya.
Namun baru-baru ini, netizen perasan bahawa wanita itu telah secara berterusan kehilangan pengikut di platform tersebut sejak Januari lalu, menimbulkan persoalan tentang sebabnya.
Menerusi laman Instiz, ada yang menyebut kembali tentang kontroversi di mana IU dikatakan memberi sokongan buat Presiden Yoon Suk-yeol, yang pernah melaksanakan undang-undang tentera di Korea pada Disember tahun lalu.
Meskipun tiada pengesahan mengenai khabar angin itu, ramai yang membuat spekulasi bahawa penurunan pengikut Instagram IU mungkin ada kaitan dengan dakwaan tersebut.
Pulakk..