Utama Drama Korea “Dia Sesuai Berambut Hitam” – Visual Seo Hyunjin Dalam Teaser ‘Why Her?’...

“Dia Sesuai Berambut Hitam” – Visual Seo Hyunjin Dalam Teaser ‘Why Her?’ Jadi Perbualan Ramai

seo hyunjin why her?

Selepas “You Are My Spring”, peminat K-Drama sudah lama menantikan nakshah terbaru daripada pelakon hebat iaitu Seo Hyun-jin.

Bakal membawa watak peguam dan profesor teraniaya bernama Oh Soo-jae, penampilan terbaru wanita itu untuk drama berkenaan menjadi perbualan ramai selepas teaser pendek untuknya diriliskan.

seo hyunjin why her?

Respon penonton tentang visual Seo Hyun-jin, “Memang benar”, ” Cantiknya dia”, “Saya suka dia berambut hitam”, ” Sesuai dia jadi peguam”, “Gayanya sangat menawan” dan banyak lagi.

seo hyunjin why her?

“Why Her?” ialah sebuah drama menceritakan mengenai seorang wanita yang melakukan kesilapan dalam hidup dan hidup berjaya dalam keadaan yang salah. Selepas dia jatuh cinta dengan seorang lelaki muda, dia mula mengubah jalan hidupnya dan belajar cara sebenar untuk mencintai dirinya. Ia merupakan satu kisah cinta yang digambarkan sebagai menyakitkan namun menyeronokkan dan dalam masa yang sama dingin dan menyejukkan hati.

Makin cantik Seo Hyun-jin!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERWikitree
Loading...