Selepas 16 episod, drama “Miss Night And Day” telah pun sampai ke penghujungnya.
Bagi yang belum tahu, drama ini mengisahkan tentang seorang wanita yang mendapati dirinya berada dalam tubuh wanita berusia 50-an setiap kali apabila matahari terbit. Kemudian pada waktu malam, dia kembali dalam badannya yang berusia 20-an.
Dalam satu temu bual, Choi Jin-hyuk bercakap tentang kemungkinan dia dan Jung Eun-ji akan bercinta dalam kehidupan sebenar, memandangkan mereka mempunyai keserasian mantap dalam drama tersebut.
Lelaki itu jujur menjawab,
Tidak sama sekali. Kami seperti adik-beradik antara satu sama lain.
Sambungnya,
Eun-ji banyak memarahi saya. Keseluruhan dinamik kami adalah Eun-ji mengkritik saya dan saya meminta maaf. Kami sangat rapat tetapi tiada apa-apa yang romantik antara kami.
Takpelah, kalau jodoh tak kemana kan.