Setiap kali “Running Man” melakukan perjumpaan peminat di luar negara, pastinya akan ada momen indah Song Ji-hyo dan Kim Jong-kook.
Terbaru, program itu melangsungkan perjumpaan peminat “Running Man RUN 2 U’ di Jakarta, Indonesia. Dalam kesemua persembahan mereka, gandingan antara Song Ji-hyo dan Kim Jong-kook menyanyikan lagu “We Need To Talk”, nyanyian asal Jadu.
Semasa menyanyi bersama, mereka turut dilihat intim dan berpegangan tangan di beberapa bahagian lagu itu. Apa yang menarik perhatian ialah pelakon wanita tersebut dilihat mengusik Kim Jong-kook dengan cuba menciumnya di bahagian pipi.
jk laughing and could never get mad at jh’s teasing 😂
— sab saw running man 💛✨ (@spartacesparkle) August 10, 2024
Peminat terus tersenyum gembira melihat lelaki berbadan sasa itu hanya tersenyum melihat gelagat comel Song Ji-hyo.
Comel lah dorang~
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.