“Dia Sempurna”- Lelaki Berhabis Lebih RM 600,000 Untuk Kelihatan Seperti Jimin BTS!

oli london obses jimin bts

Rata-rata peminat K-Pop ini apabila mempunyai kumpulan kegemaran, pasti mereka mencuba sedaya-upaya untuk menyokong kumpulan itu. Daripada membeli album, menyertai konsert, berpakaian seperti mereka dan banyak lagi. Namun itu semua itu tidak cukup ekstrem lagi kalau nak dibandingkan dengan seorang lelaki ini. Nak tahu tak apa obsesi dia?

Lelaki ini sanggup berhabis wang yang banyak melakukan pembedahan kosmetik bagi mendapatkan muka ideal seperti idola kegemarannya. Menurutnya, dia sudah membelanjakan lebih daripada £125, 000 (RM 653,450) supaya kelihatan seperti Jimin daripada kumpulan BTS.

Lelaki tersebut yang bernama Oli London itu pernah tinggal di Korea sekitar tahun 2013 dan mula mengenali kumpulan BTS kerana kagum melihat persembahan mereka. Dia juga yang meminati Jimin berusaha keras selama 5 tahun dan melalui hampir 15 pembedahan bagi kelihatan serupa dengan idolanya!

oli london

oli london

Lelaki berusia 29 tahun menjelaskan “Saya mahukan gaya hidup yang berkisar kepada K-Pop dan saya nak seluruh wajah saya menyerupai Jimin kerana dia adalah sempurna daripada rahangnya, bibirnya, suaranya, kesemuanya.”

jimin oli london

obses jimin bts

“Saya tahu sesetengah orang tidak memahami pembedahan plastik, tapi ia telah menjadi norma di serata dunia kini. Pada akhirnya, saya melakukan perkara yang membuatkan saya gembira dan saya sedang mengejar impian saya.”

Semenjak itu, Oli juga telah memulakan karier muzik K-Popnya dan telah mengeluarkan lagu dan muzik video! Dia juga menambah yang pembedahan plastik ini berjaya menonjolkan diri dia yang sebenar dan dia berasa sangat gembira dengan hasilnya.

oli london

oli london jimin bts

Harap tak membahayakan kesihatan kalau terlampau banyak kali melakukan pembedahan plastik. Kalau minat pun kena ada hadnya tahu!

Sumber: Thatslife

 

1 komen

Leave a Reply