Pada Oktober 2022 yang lalu, Namgoong Min telah menamatkan zaman bujangnya dengan pilihan hati iaitu, Jin A-reum.
Terbaru menerusi saluran YouTube Shin Dong-yup, Namgoong Min ada berkongsi bagaimana dia dan Jin A-reum mula bercinta. Luahnya,
Saya ada mengupah kakitangan dan membiayai produksi sendiri untuk hasilkan sebuah filem. Terdapat satu watak yang tiada dialog dan memberikannya kepada Jin A-reum. Saya dapat nombornya dengan bantuan rakan di set dan dia terkejut bila saya menghubunginya.
Sambung lelaki itu lagi,
Saya beritahunya banyak kali bahawa saya suka dia tapi dia asyik ‘reject’ saya. Sehari sebelum saya ke China untuk penggambaran, saya menghubunginya. Saya cakap saya nak jumpa dia tapi, dia menolak ajakan saya lagi.
Tak berhenti mencuba, Namgoong Min akui bahawa dia terus berusaha untuk memikat hati wanita itu dan berkongsi,
Saya jenis yang akan terus mencuba tanpa penyesalan. Jadi saya seperti ‘Baiklah, saya akan ke China dan fokus pada penggambaran’. Sejurus selepas sampai ke kaunter imigresen, saya dapat teks panjang lebar dari Jin A-reum. Dia kata dia bingung kerana saya terlalu jujur. Kami mula bercinta lepas saya pulang dari China.
Untuk pengetahuan, Namgoong Min dan Jin A-reum telah bercinta selama 7 tahun sebelum memutuskan untuk berkahwin pada Oktober 2022.
Semoga terus berbahagia!