“Dia Selalu Fikir Tentang ‘Running Man” – Yoo Jaesuk Puji PD Baru Choi Hyungin
- oleh irsa
- 4 tahuns lalu
Selepas dilaporkan bahawa pengarah “Running Man” bakal digantikan dengan yang baru, ramai yang meluahkan rasa minat mereka untuk mengetahui lebih mengenai hal ini.
Untuk pengetahuan, Choi Bo-pil yang lebih 2 tahun mengelola program itu mengumumkan pengunduran dirinya kelmarin. Malah SBS turut mengesahkan bahawa Choi Hyung-in bakal menggantikan tempatnya.
Mendengarkan nama itu, ramai yang teringat mengenai satu babak dalam episod “Running Man” baru-baru ini melibatkan wanita itu.

Dalam salah satu misi untuk mencari tag nama Song Ji-hyo yang disembunyikan, Yoo Jae-suk telah melawat rumah Choi Hyung-in.
Ini pertama kali saya masuk rumah PD. Betul ke saya boleh masuk?
Bahkan pengacara itu kerap meminta maaf dan menyuruh Choi Hyung-in membantunya mencari supaya tidak melebihi batasan sebagai tetamu di rumah itu.

Selepas berjaya menjumpai tag nama itu, kata Yoo Jae-suk di dalam kereta,
Rasa cinta Hyung-in buat program ini sangat hebat.
Semoga Choi Hyung-in dapat membawa “Running Man” ke haluan yang lebih baik!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




