Pasti ramai yang tahu kan bahawa Gaza masih diserang Israel sejak dari tahun lalu.
Baru-baru ini, Jennie BLACKPINK telah memuat naik beberapa foto di Instagram, berkongsi kepada peminat lawatannya ke sebuah restoran piza di Jepun.
Namun, hantaran tersebut lantas menjadi perhatian selepas wanita itu turut mengambil gambar sambil memegang cawan dengan logo Coca-Cola.
Untuk pengetahuan, Coca-Cola merupakan salah satu jenama dalam senarai rasmi boikot, kerana penglibatan mereka dalam memberi sokongan untuk menyerang rakyat Palestin.
Selepas menerima kritikan dan ditegur peminat, Jennie dilihat terus memadam gambar tersebut dalam hantaran itu, meraih pujian kerana sikap keprihatinannya.
Bagaimanapun, ramai berharap agar penyanyi “Mantra” itu berjaga-jaga selepas ini dan lebih sensitif dengan isu semasa.